Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-
Bagaimana Nak Beli Laptop Yang Bagus ?

Seiring
dengan perkembangan zaman, teknologi juga kian pesat berkembang. Apatah lagi
jika anda bergelar seorang pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan
pelajaran di institut pengajian tinggi, anda sangatlah dituntut untuk bersikap
lebih bijak dan intelektual. Dengan kemudahan seperti laptop masa kini,
segalanya dihujung jari. Pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar
manfaat daripada sesebuah laptop, antaranya seperti :
1) Untuk memproses
dan menyimpan data atau maklumat
2) Untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan berita semasa
3) Untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
kuliah
4) Untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara maya dengan pensyarah
mahupun rakan
5) Untuk dijadikan alat mengulang kaji pelajaran
6) Untuk memberikan hiburan dan kegembiraan kepada pelajar dikala sedang
tertekan dengan jadual padat pembelajaran
7) Menjadi bahan penyebar dakwah sesama pelajar dan dunia luar

Sehingga
hari ini, terdapat pelbagai jenis model laptop yang ada di pasaran. Tidak
dinafikan juga, semua model ini adalah direka dengan kemudahan yang canggih dan
sangat sesuai digunakan oleh seseorang pelajar. Jom kita lihat beberapa
kriteria yang perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan untuk membeli
laptop :)
1) Kenalpasti Model Laptop
Laptop
ada berbagai jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya Acer,
Compaq/HP, Dell, Toshiba, Fujitsu, Lenovo, Sony dll. Kalau di Malaysia, laptop
Acer paling ramai orang pakai, dan di peringkat dunia pula laptop Dell menjadi
pilihan utama pengguna.
Rajin-rajinkan diri anda untuk
berkunjung ke kedai komputer berhampiran atau jika anda menetap sekitar
bandaraya Kuala Lumpur, boleh berkunjung terus ke plaza lowyat untuk survey model
laptop yang sedang laris di pasaran. Selain itu, anda juga boleh membuat survey
secara online dengan berkunjung ke blog dan forum komputer untuk mendapatkan
senarai harga dan juga membaca review dari pengguna lain.
Kami cadangkan beberapa link di
bawah sekiranya anda ingin membuat survey mengenai laptop.
- Lowyat.net (check bahagian pricelist)
Masa pc fair juga banyak jenis
model laptop akan dijual. Oleh itu, jika ada masa anda boleh berkunjung juga ke
pc fair untuk membuat survey.
2) Semak Harga

Kebiasaannya
untuk harga RM 1400 dan kebawah laptop ini tidak disertakan dengan Original
Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak. Kalau ada pun
selalunya akan disertakan Operating system yang Starter Edition sahaja. Kalau
harga RM 1700 dan ke atas selalunya laptop tersebut akan disertakan dengan
Original Operating System.

Tips
Penting:- Kalau nak cek laptop anda guna Original OS boleh tengok di bahagian
bawah laptop. Kalau ada COA (Certificate of Authenticity) dari Microsoft,
maknanya WINDOWS ORI.
3) Semak Spesifikasi Laptop
a) Processor
Antara
contoh processor yang biasa digunakan oleh kebanyakan laptop adalah seperti
Intel dan AMD. Setiap jenis processor ini juga mempunyai generasi keluaran
seperti Intel i3, i5, i7 dan banyak lagi sebelumnya, begitu juga dengan
processor AMD. Lazimnya, AMD ini sangat sesuai untuk gaming.
b) Hard Disk
Drive (HDD)

HDD
adalah tempat simpanan data dan kebiasaannya mempunyai beberapa kapasiti pilihan
seperti 320GB / 500GB / 640GB / 1TB / 1.5TB dan 2TB. Standard kelajuan bagi
sesebuah HDD laptop selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per
Minute). Selain itu ada juga HDD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15
000. Makin tinggi RPM maka makin laju dan mahal harga HDD tersebut.
c) RAM

RAM
adalah singkatan kepada “Random Access Memory”, yang membawa maksud memori
capaian rawak. RAM menyediakan ruang kepada laptop anda untuk membaca dan
menulis data yang akan dicapai oleh CPU komputer anda (CPU – Central processing
unit). Standard laptop untuk kerja yang melibatkan sedikit photo dan video
editing, memadai dengan kapasiti 4GB. Kalau kerja anda setakat update blog,
taip dokumen dalam Word, surfing internet, 2GB dah memadai.
d) Graphic Card
Kalau
beli laptop yang ada graphic card canggih-canggih, pastikan anda membeli pakej
tambahan warranty. Penting, sebab bila dah selalu sangat main game,
kebarangkalian untuk graphic card rosak juga tinggi. Bukanlah tak tahan, cuma
benda ni berkaitan dengan wear & tear, lagi banyak guna, jangka hayat
hardware lagi rendah.

e) Lain-lain komponen
Skrin,
Speaker, Web Cam, Bluetooth, Battery, Wireless dll biasanya tidak banyak
mempengaruhi performance sesebuah laptop. Seperti contoh bateri laptop mempunyai
beberapa jenis seperti 4-cell, 6-cell dan 9-cell. Jika inginkan bateri yang
tahan lama pilih bateri 6-cell dan 9-cell. Skrin pula mempunyai banyak pilhan
saiz dan yang paling popular adalah skrin saiz 14.0". Saiz yang besar
memudahkan anda untuk membuat kerja editing dan sebaliknya juga untuk skrin
bersaiz kecil sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang mudah seperti surfing dan
lain-lain.
No comments:
Post a Comment