Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-

Apple Menambah Sokongan Windows 10


Apple telah mengeluarkan kemaskini terbaharu yang menambah sokongan Windows 10 secara rasmi untuk Mac yang menjalankan Mac OS X Yosemite. Sebelum ini hanya mereka yang mahir dalam selok-belok komputer sahaja yang memasang Windows 10 pada Mac, tetapi versi ke 6 perisian ini membawa sokongan driver bagi membolehkan pengguna ciri-ciri khas Mac pada persekitaran Windows 10.





Versi terbaharu ini menambah sokongan driver pada Windows 10 untuk Mac baharu yang dilengkapi port USB 3, USB-C, dan Thunderbolt. Untuk Mac yang tidak begitu baharu, kemaskini ini mengemaskini set driver baharu untuk slot kad SD, Apple Superdrive USB dan pelarasan yang membolehkan keyboard dan trackpad berfungsi dengan lebih baik pada Windows OS.

Bagi membolehkan anda memasang Windows 10 tanpa sebarang masalah, pastikan komputer Mac anda telah dikemaskinikan dengan segala kemaskini yang disediakan di App Store untuk OS X Yosemite.

Bagi mereka yang telahpun memasang Windows 10 sebelum kemaskini ini diterbitkan, anda cuma perlu mengemaskini perisian menggunakan Apple Software Update tanpa perlu memasang semula Windows 10.

Tetapi persoalannya adalah, adakah Mac anda serasi dengan Windows 10? Hubungi kami sekiranya anda ingin memasang perisian Windows pada mac anda.
 

No comments:

Post a Comment