Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-

Intel Optane Akan Diperkenalkan 2016


Dengan rekabentuk padat dan bertingkat, Intel telah mempromosikan teknologi 3D Xpoint sebagai teknologi storan yang jauh lebih pantas dari teknologi storan sedia ada. Menurut Intel teknologi yang dibangunkannya bersama Micron akan diperkenalkan kepada pasaran pada 2016 melalui penjenamaan Intel Optane.



Intel Optane menjanjikan storan 1000 kali lebih pantas dan 1000 kali lebih tahan lama berbanding storan berasaskan teknologi NAND, disamping 10 kali lebih padat berbanding memori konvensional.  Oleh kerana memori ditulis di peringkat sel berbanding jajaran blok, data boleh diakses secara lebih pantas dan efisyen dengan teknologi 3D Xpoint Intel Optane.

Prototaip awal SSD berasaskan 3D Xpoint Intel menunjukkan ia boleh mengakses data 7 kali lebih pantas berbanding SSD sedia ada keluaran syarikat itu yang menggunakan teknologi NAND.

Menurut Intel lagi, produk Optane akan dikeluarkan dalam bentuk SSD PCIe di samping dalam bentuk modul DIMM. Bentuk PCIe boleh digunakan dalam Ultrabook sehingga ke server manakala bentuk modul DIMM boleh digunakan dalam sistem berasaslan Intel Xeon untuk lebih lebarjalur. Walaubagaimanapun Intel tidak mendedahkan harga produk tersebut.

Walaupun teknologi ini dibangunkan hasill kerjasama Intel dan Micron, kedua-dua syarikat itu akan melancarkan produk storan masing-masing secara berasingan pada tahun 2016.

Teknologi 3D Xpoint dan Optane merupakan perkembangan terbesar dalam industri storan dalam masa 25 tahun sejak teknologi NAND diperkenalkan. Jika dipasangkan dengan pemproses Intel Skylake dan GPU Intel Iris dan Iris Pro baharu, para gamers bakal memperolehi peningkatan kelajuan dengan Optane. Ia boleh membawa kepada pengalaman gaming yang lebih realistik dan mendalam dengan kadar segar semula (refresh rates) yang lebih tinggi.


No comments:

Post a Comment