
Penjagaan
laptop harus di ambil penekanan kepada pengguna yang tegar... Tahu mengguna tetapi
tidak tahu untuk menjaganya. Laptop yang telah banyak berjasa pada anda,
sedikitpun anda tidak ambil peduli tentang penjagaannya. Apabila sudah rosak
barulah menggelabah nak service.
APA MASALAH YANG AKAN DIHADAPI APABILA ANDA TIDAK MENJAGA LAPTOP
ANDA
Pasti
anda merasa pelik kenapa secara tiba-tiba laptop anda menjadi panas. Kipas
kipas anda mengeluarkan angin yang panas. Laptop anda kerap kali mati atau
restart secara sendiri. kadang-kadang baru on terus terpadam kat logo Windows.
MENGAPA IANYA TERJADI


Perkara
sebegini adalah berpunca daripada chipset pada motherboard tidak mampu lagi
untuk berfungsi seperti biasa. Kerana ia tidak dapat untuk mengawal haba yang
dihasilkannya. Ini kerana ruangan udara pada kipas laptop telah tertutup oleh
habuk ataupun material yang menghalang daripada udara masuk dan keluar. Jadi
apa bila sudah sampai satu tahap yang menyebabkan chipset sudah tidak boleh
lagi digunakan kerana telah terbakar dari dalamnya.


Bagaimana untuk mengelakkan laptop anda rosak.
Menjaga
laptop ini tidaklah sukar seperti anda fikirkan. Cukuplah anda service ia
sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Bagi yang mahir untuk melakukannya sendiri
mungkin tidak perlu mengeluarkan modal. Tetapi jika anda tidak pandai untuk
mengendalinya, jangan memandai-mandai. Mudah sahaja, hantar kepada yang pakar.
Ia amat berbaloi pada kosnya. Daripada anda perlu mengeluarkan wang ringgit
yang lebih besar apabila ia sudah rosak.. Jadi fikirkan kebaikan lebih dari
keburukan. Bak kata punjangga menyesal dahulu pendapat, sesal kemudian tiada
guna lagi.
Kalau mudah boleh tak ajar caranya....
ReplyDeleteKalau mudah boleh tak ajar caranya....
ReplyDelete