APAKAH ITU FORMAT?
Sebelum
diterangkan dengan lebih lanjut bilakah waktu yang sesuai untuk anda format
laptop, kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan / difahami
umum pasal 'format komputer / laptop' ni.

Menformat komputer adalah suatu proses yang akan
membuang / menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard
disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila
sistem operasi baru dipasang.
WAKTU TERBAIK FORMAT LAPTOP
Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan
anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan
membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba
pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih
bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam
pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini
berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu.
Berikut adalah waktu terbaik untuk anda
format laptop :
1) Semasa laptop diserang virus

Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda
dah padam virus yang menyerang laptop (menggunakan anti -virus), akan tetapi
bekas-bekas jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat
dan slow.
2) Data susah nak dihapuskan
Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari
bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti
perisian / software, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install
software yang di 'download' terus dari internet. Pastikan anda 'unclick' pada
tawaran untuk install software yang lain / tidak diperlukan). Inilah antara
punca laptop anda jadi 'hang'. Dan yang paling parahnya, data-data yang tidak
diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.
3) Nak upgrade sistem operasi
sedia ada
Sebagai contoh, laptop anda menggunakan
sistem operasi Windows XP, namun dengan perkembangan teknologi, Microsoft
Corporation kini banyak menghasilkan sistem operasi yang terkini seperti
Windows Vista, 7 dan 8. Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi
yang lebih terkini. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan
laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan
sebarang masalah selepas anda menformat.
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh
dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter
Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan
kembali kepada anda.
No comments:
Post a Comment