Mungkin ramai golongan pengguna
komputer masih kurang faham dengan masalah komputer terutama apabila ianya berkaitan
dengan masalah virus. Masalah ini sememangnya masalah yang berat tetapi
di sebabkan sikap kita yang kurang mengambil tahu tentang ini menyebabkan
masalah ini bertambah parah dan seterusnya tidak dapat di selesaikan dengan
mudah malah terpaksa menformat komputer semula.
Dalam dunia tanpa sempadan ini apa
sahaja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalah guna.
Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai
perisian antivirus ianya belum tentu dapat menjamin 100% selamat. Tahukah
anda apakah tanda-tanda jika komputer kita terkena virus?
Antara
tanda-tanda komputer kita terkena virus adalah seperti dibawah :
1. Komputer sering menjadi lambat dari
biasa
2. Menu run, search di sembunyikan oleh
virus
3. Folder asli pada komputer di
sembunyikan dan digantikan dengan file virus
4. Komputer yang digunakan sering
terhenti atau tidak ada tindak balas
5. Hard disk tidak boleh diakses atau
berfungsi dengan baik
6. Aplikasi komputer tidak berjalan
dengan baik dan sering 'ERROR'
7. Terdapat file dan ikon folder tetapi
mempunyai file type.eye
8. Sering terpapar menu atau dialog box
yang rosak
9. Program atau aplikasi yang sebelum
ini digunakan crash secara tiba-tiba
10. perisian antivirus hilang secara
tiba-tiba
11. Perisian antivirus tidak boleh di
install
12. Saiz sesuatu fail berubah
13. Fail yang di simpan hilang satu
persatu
14. Komputer akan menjadi hang selepas
dibuka
No comments:
Post a Comment