Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-
15 Ramalan Bill Gates Yang Kebenarannya Sangat Menakutkan
Tetapi seorang pelajar jurusan perniagaan, Marcus Kirjonen menulis dalam blognya bahawa ramalan Gates ternyata menjadi kenyataan. Dan ketepatannya, ‘menakutkan’.
1. Laman web perbandingan harga
“Perkhidmatan perbandingan harga secara automatik akan dibangunkan, yang membolehkan orang ramai untuk membandingkan harga dari beberapa laman web, membuatkan ia mudah untuk mencari produk paling murah dalam semua industri.”
Anda boleh mencari produk di Google atau Amazon dan mendapatkan harga yang berbeza untuk produk yang sama. Laman web seperti NextTag dan PriceGrabber dibina khusus untuk perbandingan harga.
2. Peranti mudah alih
“Orang ramai akan membawa peranti kecil yang membolehkan mereka untuk sentiasa kekal berhubung dan menjalankan perniagaan elektronik dari mana sahaja mereka berada. Mereka akan dapat memeriksa berita, melihat tempahan penerbangan mereka, mendapatkan maklumat daripada pasaran kewangan, dan melakukan apa sahaja yang lain pada peranti ini.”
Telefon pintar, dan kini jam tangan pintar, berupaya melakukan aktiviti yang disebut di atas untuk ramai orang.
3. Pembayaran dan pembiayaan kewangan atas talian, penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui web
” Orang ramai akan membayar bil, menjaga kewangan, dan berkomunikasi dengan doktor mereka melalui Internet.”
Teknologi tidak mampu untuk mengubah penjagaan kesihatan dalam skala yang besar, tetapi ada laman web seperti ZocDoc yang membantu dalam pencarian dan penjadualan dengan doktor dengan lebih mudah. Anda kini boleh membuat pinjaman wang secara atas talian melalui laman web seperti Lending Club, dan mudah membuat pembayaran melalui laman web seperti PayPal dan Venmo.
4. Pembantu peribadi dan Internet of Things
“Pembantu peribadi akan dibangunkan. Aplikasi atau peranti ini akan menyambung dan menyegerakkan (synchronize) semua peranti anda dengan cara yang pintar, sama ada di rumah atau di pejabat, dan membolehkan mereka untuk bertukar-tukar data. Peranti akan memeriksa e-mel dan membentangkan maklumat yang anda perlukan. Apabila anda pergi ke kedai, anda boleh memberitahu apa resipi anda mahu untuk sediakan, dan ia akan menghasilkan senarai bahan-bahan yang anda perlukan. Ia akan memberitahu maklumat terbaru tentang anda kepada semua peranti yang anda gunakan untuk membuat pembelian dan jadual, yang membolehkan peranti-peranti ini untuk menyesuaikan diri secara automatik ke atas apa yang anda sedang lakukan.”
Google Now, pembantu pintar yang boleh digunakan dari peranti mudah alih, sudah mula mampu menyediakan kemudahan ini. Sementara itu, peranti pintar seperti Nest mengumpul data mengenai rutin harian anda dan secara automatik menyesuaikan suhu rumah. Beacons akan menghantar kupon berdasarkan tabiat membeli masa lalu anda.
5. Pemantauan rumah secara atas talian
“Suapan video secara berterusan dari rumah anda akan menjadi biasa, yang memberitahu anda apabila ada pelawat semasa anda tiada di rumah.”
6. Media sosial
“Laman web peribadi untuk rakan-rakan dan keluarga anda akan menjadi biasa, membolehkan anda untuk berbual dan merancang acara.”
Laman media sosial seperti Facebook dan Instagram memenuhi ramalan ini.
7. Tawaran promosi secara automatik
“Perisian yang tahu apabila anda telah menempah perjalanan dan menggunakan maklumat tersebut untuk mencadangkan aktiviti di destinasi tempatan. Ia menunjukkan aktiviti, diskaun, tawaran, dan harga lebih murah untuk semua perkara-perkara yang anda mahu buat. ”
Laman web percutian seperti Expedia dan Kayak menawarkan tawaran berdasarkan data pembelian yang lalu. Iklan di Google dan Facebook menawarkan promosi iklan berdasarkan lokasi dan kehendak pengguna.
8. Laman perbincangan sukan secara siaran langsung
“Semasa menonton pertandingan sukan di televisyen, perkhidmatan ini akan membolehkan anda untuk membincangkan apa yang sedang berlaku secara langsung, dan menyertai peraduan di mana anda mengundi siapa yang anda fikir akan menang.”
Sekumpulan laman media sosial membolehkan ini, dengan Twitter mendahului. Anda boleh meninggalkan komen dalam masa nyata pada tapak sukan seperti ESPN.
9. Pengiklanan pintar
“Peranti akan mempunyai pengiklanan pintar. Mereka akan mengetahui trend pembelian anda, dan akan memaparkan iklan yang bersesuaian dengan minat anda.”
Kebanyakan perkhidmatan pengiklanan dalam talian mempunyai ciri ini sekarang, di mana pengiklan boleh menyasarkan pengguna berdasarkan sejarah klik, minat peribadi dan corak pembelian.
10. Pautan ke laman web dari siaran TV
“Siaran televisyen akan menyediakan pautan ke laman web dan kandungan yang berkaitan dengan apa yang anda menonton. ”
Hampir setiap rancangan sukan mempunyai iklan yang memaparkan pautan ke laman web tertentu. Mereka juga berkongsi Twitter pasukan yang bertanding.
11. Papan perbincangan online
“Penduduk bandar dan negara akan dapat mengadakan perbincangan melalui Internet mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada mereka, seperti politik tempatan, perancangan bandar atau keselamatan.”
12. Laman web dalam talian berasaskan minat
“Komuniti online tidak akan dipengaruhi oleh lokasi, tetapi sebaliknya, minat anda.”
Ada pelbagai laman berita dan komuniti dalam talian memberi tumpuan kepada topik yang sama. Banyak laman berita berkembang kepada topik berasingan, yang menawarkan liputan lebih mendalam mengenai topik yang diberikan.
13. Perisian pengurusan projek
“Pengurus projek yang ingin membina satu pasukan dapat melakukannya secara dalam talian, menerangkan projek itu kepada ahli kumpulan, dan menerima cadangan calon ahli pasukan yang sesuai dengan keperluan mereka. ”
Terdapat banyak perisian aliran kerja yang yang merevolusikan bagaimana anda merekrut, membentuk pasukan, dan membahagi tugas kepada ahli pasukan.
14. Pencarian kerja atas talian
” Begitu juga, orang yang mencari kerja akan dapat untuk mencari peluang pekerjaan melalui dalam talian dengan mengisytiharkan minat mereka, keperluan, dan kemahiran khusus.”
Tapak seperti LinkedIn membolehkan pengguna untuk memuat naik resume mereka dan mencari pekerjaan berdasarkan minat dan keperluan individu. Perekrut boleh mencari berdasarkan kemahiran khusus mereka.
15. Perisian untuk kelompok bisnes
“Syarikat-syarikat akan dapat membida pada tawaran pekerjaan/tender, sama ada projek pembinaan, pembikinan filem, atau kempen pengiklanan. Ini adalah solusi yang efektif untuk syarikat-syarikat besar yang mahu menggunakan khidmat tenaga luar bagi kerja-kerja yang mereka tidak biasa hadapi, perniagaan yang mencari pelanggan baru, dan syarikat-syarikat yang tidak mempunyai akses kepada pembekal untuk perkhidmatan tersebut.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment