Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-
Kawal Gambar Beranimasi Yang Dipaparkan Pada Web Melalui Pemalam Khusus Daripada Google Untuk Chrome
Ketika
melayari web, mungkin sesetengah pengguna tidak mengemari akan gambar berbentuk
GIF atau yang beranimasi – dimana ia akan memaparkan animasi sama berulang
kali. Untuk mengawalnya, kini Google menyediakan sebuah pemalam khusus untuk
mengawalnya, dinamakan sebagai “Animasi Policy”.

Melaluinya,
pengguna boleh mengawal sama ada ingin membenarkan imej berbentuk animasi pada
pelayar web mereka ataupun, sebaliknya hanya membenarkan ia dimainkan sekali
sahaja, ataupun tidak membenarkan langsung.
Walaubagaimanapun,
sokongan untuk mengehadkan ia kepada hanya sesuatu web sahaja tidak terdapat,
dan segala tetapan diimplementasikan untuk keseluruhan web yang dilayari
menggunakan Chrome.
Bagi
anda yang sering terganggu dengan imej beranimasi, mungkin anda boleh memasang
pemalam untuk Chrome ini, dan mengelakkan anda dari terganggu dengan imej
seumpamanya selepas ini.
No comments:
Post a Comment