Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-
Google Memperkenalkan Halaman Khusus Bersempena Bulan Ramadan
Google
sebelum ini beberapa kali telah memperkenalkan halaman hab khusus bersempena
dengan bulan Ramadan, dan perkara sama turut dilakukan oleh mereka bersempena
bulan Ramadan untuk tahun 1436/2015 ini. Melalui halaman tersebut, pengguna
boleh mengikuti pelbagai maklumat, termasuk berkaitan dengan agenda harian,
masa berbuka, pelbagai resipi semasa dan sebagainya.

Buat
masa ini, kandungan yang dipaparkan adalah dioptimasikan untuk pengguna di Timur
Tengah, dan bukannya Malaysia. Tetapi, pihak Google Malaysia menjadualkan acara
pelancaran untuk laman yang dikenali sebagai My Ramadan Companion ini dalam
versi tempatan – “Teman Ramadanku” pada minggu hadapan.
No comments:
Post a Comment