Anda setuju? Jika saya mengatakan skrin merupakan kompenen
yang penting untuk sesebuah laptop. Skrin seperti "mata" kepada
sesebuah laptop atau pc. Apabila anda menghadapi masalah LCD / LED skrin anda rosak,
anda diminta berhati-hati untuk membeli atau menukar LCD/LED skrin baru.
Skrin sesebuah laptop tidak akan bertahan selama-lamanya.Hal
ini kerana setiap skrin mempunyai kadar kitaran hayat tertentu. Bila sampai
jangka hayatnya, dari situ lah bermulanya skrin menjadi kabur, berbelang-belang, tidak mengeluarkan gambar, berwarna putih, ada
gambar tapi tiada lampu, green screen, blind screen dan
macam-macam lagi.
Setiap skrin mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bagi
sesebuah LCD/LED skrin. Selalunya dalam 3000 hingga ke 4000 jam (bagi skrin
baru dan original).Dan usage kitaran hayat skrin akan menjadi semakin singkat
mengikut cara pengunaan pemilik laptop.
Kami telah mendapati hampir 50% customer yang screen-nya
pecah kerana berlaku insiden-insiden yang tidak disengajakan. Contohnya letak
objek-objek yang keras di antara screen dan keyboard dan akibat cuai, terus
lipat laptop kemudian screen menjadi retak.
Selain dari pada itu Laptop terjatuh, kanak-kanak kecil
bermain dan banyak kemungkinan lagi. Jadi apabila sudah rosak, pastinya perlu
di tukar dengan skrin yang baru
WAJIB tukar kepada skrin yang
ORIGINAL.
Disini REN Computer Center menegaskan pada anda, jangan
sebab nak tukar skrin yang murah dan cukup-cukup bajet anda, anda tidak fikir
tentang kualiti skrin itu.
Sebab skrin amat penting bagi sesebuah komputer atau laptop.
Tiada skrin tidak bermakna bagi komputer atau laptop.
Gejala penipuan screen kini sudah beleluasa. Jangan mudah
tertipu dengan screen yang berharga murah.
Ramai orang di luar sana telah tertipu. Screen yang di tukar
itu bukannya screen yang baru sebaliknya, screen yang telah rosak secara halus
yang tidak mudah untuk di kesan. Ianya kedengaran too good to be true. Screen
tersebut seperti skrin recon/refurbish,skrin secondhand dan skrin kualiti
rendah
Kebanyakan dari skrin-skrin yang disebutkan hanya mampu
bertahan tidak sampai sebulan,PERCAYALAH telah ramai yang mengadu kepada kami
tentang ketahan skrin-skrin recon dan refurbish ini.
Warranty yang lama dan jaminan yang meyakinkan merupakan
salah satu kaedah bagaimana mengenalpasti kualiti skrin selain mengetahui
ciri-ciri skrin tersebut.
No comments:
Post a Comment