Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-
Tips Penjagaan Laptop yang Kedai Komputer Tidak Mahu Anda Tahu
Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan
memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi,
kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar,
pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan
lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan.
Hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini
akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Apa yang
menjadi motivasi mereka adalah stok laptop yang bertingkat-tingkat itu mesti
terjual.
Hakikatnya, laptop yang anda sedang gunakan sekarang
adalah sangat penting. Melayari internet, urusan perniagaan, kerja kerja
pejabat, kerja kerja grafik, bermain permainan video, media sosial, pengkalan
data, dan panggilan video boleh dilakukan dengan laptop anda.
Tidak seperti kereta yang anda guna seharian, anda
akan hantar servis ke bengkel kereta setiap 5000km untuk menukar minyak hitam
dan penapis minyaknya. Sedangkan kereta yang anda gunakan cuma berkemampuan
untuk:
·
Membawa
anda dari poin A ke poin B
·
Angkat
barang selagi muat
Jadi, kelebihan laptop lebih banyak, kenapa anda
tidak menjaganya sebaik mungkin?
Saya berasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi
rahsia yang semua kedai komputer ingin rahsiakan dari anda. Laptop yang tidak
berjaga adalah laptop yang akan rosak. Bila rosak wajib dibaiki, bila baiki
jawapannya wang.
Kedai
Komputer Gembira, Pengguna Sengsara
Untuk berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam
satu artikel adalah sesuatu yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu
persatu setiap siri nanti.
Cuci Kipas laptop dan tukar
‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80%
dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard
Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian
manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh
Lagi 93% dari kerosakan motherboard ini
berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis
Laptop?
Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan
habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan
digantikan
Mengapa Ia
Perlu Dilakukan?
Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang
bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen
seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga
boleh mencecah 100 darjah C
Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen
ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini
akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.
Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama
kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang
ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.
Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi
tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila
ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik
ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).
Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang
membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer
sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple
Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal
Paste?
Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan
haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem
penyejukan.
Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan
tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan
servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan
optimum sepanjang masa.
DI MANA BOLEH
SERVIS LAPTOP?
Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar
laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.
Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu
buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus
membaiki labu.
Komponen komponen di dalam laptop juga amat sensitif
kepada elektrostatik.
BILA WAKTU SESUAI
SERVIS LAPTOP?
Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6
bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda
boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah
hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.
Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus
melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
·
Servis
laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
·
Haba
adalah musuh utama laptop.
·
Pastikan
anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
·
Hantar
laptop pada yang pakar sahaja.
·
Laptop
yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.
No comments:
Post a Comment