Papan kekunci ‘keyboard’ adalah salah satu input device bagi sesebuah komputer atau laptop. Jari-jari kita akan
sentiasa menyentuh papan kekunci’keyboard’ semasa kita menggunakan
komputer terutamanya ketika menaip. Oleh itu kita perlulah sentiasa
menjaga kebersihan papan kekunci’keyboard’ agar jari kita tidak kotor
dan bagi memastikan papan kekunci’keyboard’ kita berfungsi dengan lancar
Bila kita dah guna hari-hari mesti ada waktunya, kadang-kadang akan masuk habuk dan juga kekotoran yang kita tidak sedari, secara live atu tidak.
Cara-caranya ialah:-
- Cara paling mudah untuk membersihkan papan kekunci’keyboard’ adalah kaedah goncang’shake method’. Angkat papan kekunci’keyboard’ anda dan terbalikkan, pastikan butang pada papan kekunci tidan di tekan. Selepas itu anda goncangkan papan kekunci’keyboard’ dalam keadaan terbalik. Hasilnya anda akan dapat lihat habuk-habuk dan sampah kecil jatuh bertaburan. Cara ini tidaklah berkesan sangat untuk membersihkan semua kekotoran, tetapi ini lah cara paling senang dan tidak memerlukan modal. Mudah bukan!!
- Satu lagi cara yang tidak memerlukan modal adalah melalui kaedah tiupan, sangat mudah. Anda Cuma perlu meniup papan kekunci’keyboard’ anda dan anda akan dapat lihat habuk-habuk akan keluar melalui calah-celah papan kekunci (jaga-jaga mata anda agar tidak di masuki habuk kotor).
- Antara cara yang lain pula adalah melalui penggunaan ‘alkohol’. Ambil kain dan lambapkan dengan alcohol yang biasanya digunakan untuk mencuci video tape. Pastikan kain tidak basah, Cuma lembapkan sahaja bagi mengelakkan alcohol tidak menitis kedalam papan kekunci’keyboard’ anda.
- Bagi cara yang nampak macam professional sedikit, anda boleh gunakan cara ini. Alatan yang diperlukan adalah pemutar skru. Anda pisahkan satu-persatu bahagian dalam papan kekunci’keyboard’ anda dan bersihkannya. Papan kekunci’keyboard’ anda dijamin bersih jika menggunakan cara ini tetapi ia memerlukan masa yang panjang berbanding dengan kaedah yang lain.
No comments:
Post a Comment