TIPS MELINDUNGI LAPTOP DARIPADA ROSAK "WATER DAMAGE"
Perlindungan daripada air atau wap
1) Elakkan menggunakan laptop berhampiran dengan air termasuk air minuman sejuk atau panas, atau di tempat berisiko terkena hujan (termasuk sebelah tingkap)
2) Elakkan menyimpan laptop anda di tempat yang lembab yang memudahkan jangkitan kulat atau karat dan kerosakan kepada komponen dalaman dan luaran laptop anda
3) Elakkan daripada menggunakan laptop semasa sedang makan atau minum.
Namun begitu jika berlaku tumpahan air ke atas laptop anda ambil langkah berikut
- tutup komputer anda dengan menekan butang "power" dengan segera
- tonggengkan laptop anda untuk membuang saki-baki air yang masih ada
- lapkan saki-baki cecair yang masih ada
- anda boleh gunakan pengering rambut, tetapi pastikan pada jarak dan suhu yang selamat agar tidak merosakkan permukaan dan komponen dalaman laptop anda
- tanggalkan komponen yang bersambung kepada laptop anda termasuk, USB drive, adaptor dan bateri dan lap jika terdapat air
- sebaik-baiknya jangan "on"kan suis laptop anda sebelum mendapat khidmat penyelenggara laptop anda bagi memastikan tiada kerosakan serius, kecuali jika anda telah benar-benar pasti air telah kering dan laptop selamat digunakan (sebaik-baiknya 24 jam selepas kejadian).
No comments:
Post a Comment