
Kebanyakan pengguna
sebenarnya tidak tahu tentang kesan yang akan berlaku sekiranya menggunakan
laptop lebih dari had masa. Sebenarnya menggunakan laptop lebih dari had masa
adalah sangat bahaya kerana laptop yang digunakan mudah rosak. Apabila
menggunakan laptop lebih dari had masa kebiasaannya para pengguna tidak akan
menggunakan bateri pada laptop sebaliknya mereka lebih gemar menghubungkan
laptop itu terus ke soket elektrik.
Ia adalah satu tindakan yang
bahaya kerana arus elektrik akan langsung menuju ke hardware tanpa melakukan
penyesuaian tenaga sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan
dan mempercepatkan kerosakan.
Selain itu, menggunakan
laptop lebih dari had masa juga boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada
laptop. Antaranya ia boleh menyebabkan hard disk rosak kerana laptop yang
digunakan tiada masa untuk rehat. Komponen di dalam laptop juga akan panas
kerana terdapat banyak haba yang terkumpul dan tidak dapat keluar dengan baik.
Akibat dari penggunaan laptop lebih dari had masa ini boleh menyebabkan jangka
hayat laptop tidak panjang.
No comments:
Post a Comment