Jom kita tengok apakah punca-punca yang menyebabkan laptop, notebook anda cepat rosak. Kebanyakkan puncanya adalah dari anda diri. Bukan dari jiran anda atau tokey kedai komputer.. Dah sedia dengan baju renang? Jom menyelam. Kahkah
1) Guna
laptop anda diatas tilam empuk. KONONNYA bila letak laptop anda atas tilam, ini
memberikan keselesaan pada laptop dan diri anda juga, boleh baring-baring
sambil berFB. sebenarnya tidak!! Ada beberapa jenama Laptop atau Notebook yang
kipasnya menghala kebahagian bawah. (belakang laptop) bila anda letak laptop
anda diatas benda lembut, pastilah angin
tersangkut dan laptop anda cepat paneh..sama macam kes idung tersumbat.
Jangan amalkan cara ni. Ingat!! Sebab laptop bukan macam kita boleh makan ubat
selsema.
2) Tidak
menanggalkan bateri laptop semasa anda menggunakan charger terus ke plug. Litar
letrik (bukan litar lumba) dalam rumah kita kadang kala dan memang selalu kala
sebenarnya tidak stabil. Bila bateri anda telah penuh di caj, arus itu akan
terus masuk tanpa ada paksaan dari pihak Tnb sendiri. Ini menyebabkan jangka
hayat atau tempoh hidup bateri laptop anda akan jadi semakin pendek..lebih
teruk lagi jika ianya menyebabkan laptop anda terbabit sama dalam kes kematian
mengejut.
3) Suka
dan mudah percaya pada tawaran perisian percuma terutama anti virus. Jangan
download sebarang!! Mana ada benda percuma dalam dunia ni. Perisian yang diberi
percuma tu sebenarnya mempunyai tempoh had yang boleh digunakan. Bila tamat
tempoh anda kena beli perisian tersebut..jika anda tidak beli. ANTI VIRUS TU
AKAN BERTUKAR MENJADI VIRUS. Maka lembab dan sembablah laptop anda untuk
berfungsi.
4) Menggunakan
laptop anda lebih dari had masa contohnya anda hidupkan laptop anda selama 2
tahun tak tutup tutup, hehe. Ataupun anda suka buat-buat lupa nak off
laptop..Jangan guna laptop anda melebihi 7 jam sehari. Jika nak guna juga,
rehatkan dalam 30 minit.
5) DEGIL
DAN BUAT-BUAT TAK DENGAR ADA PETIR. Elakkan guna laptop semasa urusan petir
memetir sedang berlaku diluar rumah..setiap laptop ada MODEM yang sebenarnya
amat menarik PERHATIAN petir untuk menyambarnya.
6) Suka
membuka dan menutup laptop anda dengan ganas, buas dan sebagainya. Lagi satu
kan suka tolak screen tu kebelakang sangat. Nape tak leh buat macam tu?
sebenornye..pada screen ada satu kabel yang disambung pada bahagian bawah
pelapik., bila anda buka tutup dengan ganas atau kedudukan screen tu terlalu
kebelakang, ini menyebabkan kabel itu tersepit atau longgar.
No comments:
Post a Comment