Cari Masalah / Tips / Model Laptop :-

SSD (Solid State Drive) vs HDD (Hard Disk Drive)

SSD VS HDD

Hard Disk Drive (HDD)

    Harddisk atau hard drive singkatannya (HDD). Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956 iaitu 350 RAMAC. HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter) yang berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, semakin laju/pantas respon HDD tersebut. HDD yang berada dipasaran selalunya diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200 RPM.

    Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (selalunya digunakan pada laptop/external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiz, perbezaan connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector iaitu IDE dan Serial ATA/SATA.



Bagi IDE, ia mempunyai 40 pin berbanding dengan sata yang hanya mempunyai 7 pin. Tahap kelajuan proses pemindahan data juga berbeza untuk kedua-dua HDD ini. Bagi ID, ia mempunyai kelajuan memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133MB/Saat. Manakala SATA, ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/Saat. Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan memindahkan data sehingga 300MB/saat. Lain-lain adalah pada saiz kabel sambungan HDD itu sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada SATA.



Solid State Drive (SSD)

SSD yang juga dikenali sebagai solid-state Drive atau cakera elektronik tidak memiliki cakera dalam apa jua bentuk atau pun motor sebagai pemacu.Ssd mengunakan litar bersepadu (ic) sebagai memori untuk penyimpanan data secara berterusan. Terdapat sedikit persamaaan antara ssd dan pendrive atau USB.Pendrive ataupun USB drive sudah menjadi kebiasaan pada masa kini. Untuk pendrive, ianya menggunakan mikrocip untuk menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah SSD ini adalah menyerupai pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya. Selalunya SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan kata lain ianya menggunakan non-volatile memory. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu membuatkan proses pemindahan data dengan laju. Sebagai contoh, SandForce SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses pemindahan data hingga ke 500MB/saat.

PERBEZAAN HDD DAN SSD

Hardisk drive (HDD)

Solid-state drive (SSD)

Harga pasaran HDD lebih murah berbanding SSD.Dengan kapasiti yang besar untuk HDD harganya lebih murah berbanding harga SSD yang berkapasiti kecil .

HDD yang berkapasiti lebih besar mudah didapati di pasaran dan lebih sesuai untuk tujuan penyimpanan data yang besar.

Reka bentuk yang tidak mengunakan platter dan motor makenikal pada SSD menjadikan SSD lebih tahan hempasan atau hentakan berbanding HDD. Dengan tiada bahagian yang bergerak, SSD lebih senyap dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Hdd yang mengunakan platter dan lapisan magnetic akan mengahasilkan haba dan mengunakan lebih tenaga selain itu HDD juga akan mengeluarkan bunyi apabila berlaku putaran cekera apabila Pemindahan data dilakukan 

SSD memiliki prestasi 100 kali lebih baik berbanding HDD.Pemindahan data lebih cepat dan pantas berbanding HDD.SSD juga lebih pantas untuk boot window.



artikel ini adalah mereka yang untuk mencari tentang repair screen, how to repair blue screen laptop, repair windows cannot boot, repair laptop hard disk hdd, replace hdd to ssd,boot manager missing,window slow,hard disk not detect

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment