Kali
ini, saya akan memberikan beberapa tips ringkas untuk menjaga keyboard
notebook anda agar dapat bertahan lebih lama. Keyboard di laptop @
notebook tidak sama dengan keyboard pada pc atau external keyboard.
Keyboard di notebook lebih sensitif dan menyusahkan anda apabila terjadi
kerosakan. Tahukah anda? Jika terjadi kerosakan kecil atau pada
sebahagian kekunci sahaja, Anda harus mengganti keyboard notebook secara
keseluruhan! kos yang diperlukan tentunya tinggi. Berikut ialah 4 tips
ringkas untuk menjaga keyboard notebook Anda. sayangilah keyboard laptop
anda kerana ia akan menyayangi duit anda.
1. Menggunakan Keyboard Protector
Gunalah
keyboard protector, terutama jika Anda memiliki Laptop baru.Terdapat
pelbagai jenis keyboard protector yang dijual di pasaran sekarang.Harga
mengikut jenis protector itu sendiri,lingkungan RM10 - RM30.Malahan ada
juga yang mengikut jenis keyboard laptop.Ianya diperbuat daripada
plastik silicon dan boleh dibersihkan menggunakan air. Keyboard
protector ini dapat menjaga agar butang keyboard sentiasa bersih dan
mencegah dimasuki kotoran atau habuk dari luar ke dalam celah-celah
keyboard. Namun, ada satu hal yang perlu diperhatikan, iaitu tidak semua
Laptop di sarankan menggunakan keyboard protector kerana sesetengah
laptop perlukan sistem aliran haba yang udaranya di ambil dari
celah-celah keyboard. Dalam kes terburuk, keyboard protector akan
membuat Laptop tersebut menjadi lebih panas.
2. Jauhkan Makanan dan Minuman atau merokok dari laptop anda
 |
Merokok |
 |
Meletakkan makanan dan Minuman |
Jangan
biasakan meletak minuman atau makanan berhampiran laptop kerana ada
kemungkinan minuman atau makanan tersebut akan tumpah, terkena pada
laptop dan menimbulkan kerosakan. Merokok di hadapan laptop juga boleh
menyebabkan habuk rokok berterbangan dan melekat di celah-celah
keyboard.Untuk hal ini bukan hanya akan merosakkan keyboard, malah
keseluruhan Laptop.
3. Kurangkan Bermain Game dengan menggunakan keyboard laptop
 |
Game |
 |
External keyboard |
 |
Joystick |
 |
Keyboard Pc |
Kurangkan
bermain game dengan menggunakan keyboard laptop. Dalam sesebuah game
biasanya hanya butang tertentu sahaja yang perlu ditekan. kadang-kadang
kita menekan butang terlalu kuat dan dalam keadaan tidak sedar dan syok
semasa bermain game. Hal ini dapat menyebabkan kerosakan sebahagian pada
keyboard laptop Anda. Untuk bermain game lebih baik membeli input
device tambahan, seperti keyboard external atau joystick .Walaupun yang
Anda gunakan adalah laptop khusus untuk gaming, tidak semua keyboard nya
memiliki reka bentuk dan ketahanan seperti keyboard gaming biasa.
4. Bersihkan Keyboard secara kerap
.jpg) |
Keyboard Vaccum |
Debu/kotoran
pada laptop perlu dibersihkan secara kerap kerana debu merupakan
sesuatu yang boleh mengalirkan aliran elektrik pada rangkaian elektrik,
menghalangi slot-slot butang keyboard , dan menghalang pengeluaran haba
panas dari laptop. Untuk debu/kotoran yang melekat pada kekunci
keyboard, gunakan lap untuk membersihkannya. Untuk debu yang berada di
celah-celah keyboard, kita dapat menggunakan vaccum cleaner kecil yang
hanya menggunakan kuasa dari usb, untuk menyedut habuk keluar dari
celah-celah keyboard.Vaccum ada dijual di pasaran,harga sekitar
RM10-RM20 sahaja berbanding jika keyboard anda rosak,anda terpaksa
laburkan ratusan ringgit untuk menggantikan keyboard baru.
Kepada
pengguna MacBook,anda mestilah bersihkan keyboard anda kerap
kali,kerana ianya terlalu sensitif dan kos untuk tukar keyboard tersebut
agak tinggi berbanding keyboard laptop biasa,tambahan jika menggunakan
laptop yang warna putih.
Semoga
tips kali ini bermanfaat untuk menjaga keyboard laptop anda semua.Jika
ianya bermanfaat untuk anda,silakan kongsi dengan rakan-rakan anda yang
mungkin perlukan tips ini.
No comments:
Post a Comment